Random Posts

Header Ads

Lana Nordin Terpaksa Pujuk Suami

loading...

Lana Nordin Terpaksa Pujuk Suami


Umum mengetahui Lana Nordin telah berkahwin dengan warga Amerika, David Daud Mckienzie.

Tahun sebelum ini, Lana Nodin hanya sempat menyambut bulan Ramadhan selama 2 hari saja di Malaysia kerana suaminya ada komitmen kerja apabila terbabit dalam pemilihan ke Sukan Olimpik Rio 2016.

Namun tahun ini, pasangan ini akan berpuasa dan juga menyambut raya di Malaysia.

Walaupaun masih ada komitmen kerja, namun tahun ini Lana Nordin berjaya memujuk seuaminya untuk berpuasa dan beraya di Malaysia.

Ini pendedahan Lana:

"Sepatutnya, kami perlu kembali ke AS pada April lalu kerana David perlu mengikuti beberapa jelajah di sana. Tetapi kami menunda tarikh pulang kerana saya mahu berpuasa, seterusnya meraikan Aidilfitri di sini”

"Kami akan pulang ke sana sehari selepas Hari Raya kerana David sudah terikat dengan pelbagai tugasan. Memang hatinya berat untuk menunda tarikh pulang, tetapi saya memujuk kerana mahu berpuasa bersama keluarga di tanah air" 

"Saya juga mahu anak, Gia Quinn McKienzie merasai pengalaman menyambut Ramadan, sekali gus meraikan Aidilfitri dengan berkumpul bersama keluarga di sini," 

Bagi Lana, berpuasa di AS lebih mencabar kerana tempoh masa yang lebih panjang selain cuaca yang tidak menentu.

Tentang suaminya David, Lana bercerita dia tidak mempunyai masalah untuk berpuasa, malah begitu seronok menjalani ibadah itu.
loading...
Lana Nordin Terpaksa Pujuk Suami Lana Nordin Terpaksa Pujuk Suami Reviewed by Hi Viral on 11:02 PTG Rating: 5

Tiada ulasan