Random Posts

Header Ads

Akhirnya Nelydia Senrose Kongsi Punca Sebenar Beliau Dan Qi Berpisah, Kalau Dah Macam Tu Memang Patutla Berpisah..

loading...
Pelakon cantik dan jelita, Nelydia Senrose sudah lama putus cinta dengan Qi Razali. Kata orang, kisah putus cinta mereka itu sudah “basi” dan ada yang sudah enggan ambil tahu mengenai perkara berkenaan.
Namun, baru-baru ini ada beberapa pihak mengatakan mereka berdua sudah kembali bercinta dan tidak dinafikan segelintir peminat Nelydia ingin mengetahui kebenaran disebalik khabar angin tersebut.
Menurut Nelydia, beliau dan Qi sememangnya sudah putus cinta dan cerita mereka kembali bersama tidak benar.  Namun, mereka masih mengekalkan hubungan baik hanya sebagai teman tanpa perasaan cinta.
Kami sudah putus! Muktamad. Tidak perlu lagi mencanang cerita yang tidak benar. Sejujurnya, antara kami sudah tiada apa-apa. Walaupun hubungan kami masih baik tapi itu hanyalah sebagai teman semata-mata.
Saya belajar daripada pengalaman untuk tidak mahu lagi mencanang tentang kisah cinta. Saya lebih suka mendiamkan diri. Jadi mungkin bila tiada kata putus daripada mulut kami berdua, orang mula mencetuskan spekulasi sendiri. Apa yang pasti, saya dan si dia sudah tiada apa-apa.

Nelydia juga memberitahu beliau kini tidak berminat untuk memikirkan soal cinta lagi dan menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan jodoh.
loading...
Akhirnya Nelydia Senrose Kongsi Punca Sebenar Beliau Dan Qi Berpisah, Kalau Dah Macam Tu Memang Patutla Berpisah.. Akhirnya Nelydia Senrose Kongsi Punca Sebenar Beliau Dan Qi Berpisah, Kalau Dah Macam Tu Memang Patutla Berpisah.. Reviewed by Hi Viral on 9:08 PG Rating: 5

Tiada ulasan