Random Posts

Header Ads

Amyra Rosli Ambil Keputusan Berehat Daripada Bidang Seni, Tidak Ada Selera Makan Sejak Hamil

loading...

Baru-baru ini pelakon Amyra Rosli disahkan hamil cahaya mata pertama beliau bersama Amar Baharin. Dikala kandungan beliau memasuki usia sembilan minggu, Amyra mula hilang selera makan dan ia memberikan kesan terhadap kerjayanya serta tugasan seorang isteri.
Oleh itu, Amyra memberitahu buat masa ini beliau ingin berehat sebentar daripada bidang seni seperti yang disarankan oleh doktor.
Sebenarnya, Amyra juga enggan menyusahkan pihak produksi sekiranya beliau menerima tawaran berlakon meskipun kesihatannya tidak menentu.
Alhamdulillah kandungan dalam keadaan baik, cuma saya sendiri sejak kebelakangan ini tak ada selera makan, kurang bermaya untuk bekerja. Jadi pengurus saya terpaksa batal atau tangguh beberapa kerja yang telah dijadualkan sebelum ini.
Saya tak boleh nak ramal keadaan kesihatan saya setiap hari. Jadi untuk tidak menyusahkan banyak pihak, adalah lebih baik saya undur diri daripada bekerja. Tapi terpulang atas nasihat doktor juga, kalau saya sudah okey, saya akan bekerja. Setakat ini saya buat apa yang termampu seperti hadir di majlis-majlis tertentu. Kerja yang sekejap, tak ambil masa lama bolehlah buat.
Peringkat awal kehamilan ni, memang lebih baik untuk Amyra berehat daripada melakukan sebarang aktiviti termasuk berlakon yang tidak menentu masa penggambarannya. Kata orang, biarlah kandungan itu melekat betul-betul dan kesihatan ibunya juga terjaga.
loading...
Amyra Rosli Ambil Keputusan Berehat Daripada Bidang Seni, Tidak Ada Selera Makan Sejak Hamil Amyra Rosli Ambil Keputusan Berehat Daripada Bidang Seni, Tidak Ada Selera Makan Sejak Hamil Reviewed by Hi Viral on 5:18 PTG Rating: 5

Tiada ulasan