Random Posts

Header Ads

KES MOTORSIKAL DICURI DAN IBU DIBUNUH.. AKHIRNYA TERBONGKAR PUNCA PEMBUNUHAN YANG AMAT MENGEJUTKAN!!

loading...


Hutang dadah sebanyak RM30,000 disyaki menjadi punca wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan mulut, kaki dan tangan diikat selepas dirompak di Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai dekat sini Isnin lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab. Rahman Ismail berkata, perkara tersebut terbongkar selepas dua lelaki termasuk salah seorang suspek melibatkan anak tunggal Rohani Musa, 60, ditangkap pada Selasa dan Rabu lalu.

“Selepas menahan anak tunggal Rohani iaitu penganggur berusia 35 tahun, polis kemudian menangkap pula rakannya yang berusia 25 tahun.

“Anak Rohani ditahan di rumahnya manakala suspek kedua diberkas di sebuah kedai kopi di Kuala Krai,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

Menurut beliau, siasatan ke atas ke­dua-dua suspek itu mendedahkan Rohani menjadi mangsa rompak dan pembunuhan selepas anaknya didakwa berhutang RM30,000 dengan dua lelaki yang disyaki pengedar dadah.
loading...
KES MOTORSIKAL DICURI DAN IBU DIBUNUH.. AKHIRNYA TERBONGKAR PUNCA PEMBUNUHAN YANG AMAT MENGEJUTKAN!! KES MOTORSIKAL DICURI DAN IBU DIBUNUH.. AKHIRNYA TERBONGKAR PUNCA PEMBUNUHAN YANG AMAT MENGEJUTKAN!! Reviewed by Hi Viral on 6:41 PTG Rating: 5

Tiada ulasan