Random Posts

Header Ads

PhD Boy Iman Dipersoal Orang Ramai, Rupanya Sumber Universiti "Tak Diiktiraf" Kerajaan Malaysia

loading...


Kini semakin ramai anak seni yang menyambung pengajian dalam bidang akademik untuk mempertingkatkan kemahiran diri. 

Ramai yang berebut-rebut untuk memegang gelaran Doktor (Dr).

Sebelum ini pelakon dan penyanyi Soo Wincci telah berjaya menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Terbuka Malaysia.

Kini giliran pelakon Boy Iman pula mencuri tumpuan apabila gambar dan video majlis konvokesyennya menerima PhD dikongsi pengguna di media sosial.

Foto ini menarik perhatian orang ramai yang mempersoalkan kejayaan pelakon itu menerima PhD dalam bidang sosial dan kemanusiaan.

Pelbagai tomahan dan juga kritikan daripada pengguna media sosial dan ramai yang mempersoal kesahihan PhD yang diterimanya.

Baca koleksi komen dari orang ramai tentang PhD Boy Iman DISINI

Beberapa foto yang dimuat naik pelakon itu di akaun Facebooknya menyatakan dia menerima PhD itu dalam majlis konvokesyen dari International University dengan kerjasama sebuah pusat pengajian dari Chennai, India pada 21 Disember lalu.

PKata Boy Iman, dia melanjutkan pengajian jarak jauh (PJJ) dan melakukan penyelidikan serta tugasan dalam bidangnya itu selama 3-4 tahun.

Namun, menerusi nama universiti yang tertera di gambar konvokesyennya, ia merujuk sebuah kolej iaitu International Institute of Church Management Inc. Florida USA (IICM) yang menawarkan pengajian jangka pendek menerusi Internet selama tiga bulan untuk kursus diploma termasuk ijazah, sarjana dan PhD.

Melalui laporan dari Rojak Daily Kaw! (RDK), mereka telah membuat semakan menerusi Sistem Pengiktifan Kelayakan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia sebaliknya mendapati IICM tiada dalam senarai pusat pengajian tinggi yang diiktiraf kerajaan Malaysia.

Kita tunggu jawapan dari Boy Iman tentang hal ini.
loading...
PhD Boy Iman Dipersoal Orang Ramai, Rupanya Sumber Universiti "Tak Diiktiraf" Kerajaan Malaysia PhD Boy Iman Dipersoal Orang Ramai, Rupanya Sumber Universiti "Tak Diiktiraf" Kerajaan Malaysia Reviewed by Hi Viral on 10:27 PTG Rating: 5

Tiada ulasan