(Video) Rugi RM5,000 Kerana Pelanggan Jahanam Ini
loading...
AMPANG JAYA - Seorang jurujual terpaksa menanggung kerugian hampir RM5,000 setelah ditipu oleh seorang pelanggan wanita yang menukarkan barang kemas dengan barang tiruan, Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 3 petang di kedai emas Zakaria & Sons, Dataran Palma, Ampang, Nor Azureen Sarudin, 25, yang bekerja sebulan itu tidak menyangka wanita yang kelihatan seperti orang baik-baik itu telah menipunya.
"Dia meminta saya mengambil seutas rantai dan sebentuk gelang emas untuk dilihat, lalu saya berikan seperti yang diminta.
"Semasa saya membuat pengiraan, dalam masa yang sama dia telah meletakkan semula barang kemas tadi dan memaklumkan bahawa dia mahu mengambil kad kreditnya yang tertinggal di dalam kereta," katanya.
Bagaimanapun, setelah 30 minit berlalu, wanita itu tidak datang semula ke kedainya.
"Semasa saya mahu menyimpan semula barangan kemas itu, saya mendapati tanda harganya telah tercabut. Berasa was-was dengan keadaan itu, saya timbang semula barnagan kemas itu dan mendapati beratnya berbeza dengan tanda harga.
"Saya percaya perempuan itu telah menukar barang kemas yang asal dengan barang kemas yang palsu," katanya.
Akibat kejadian itu, Nor Azureen terpaksa menanggung kerugian hampir RM5,000.
"Majikan meminta saya menanggung kerugian itu. Saya rasa sedih sangat-sangat. Kerja tak sampai sebulan, dah jadi begini. Kebajikan sebagai pekerja pun tak ada.
"Niat nak membantu suami mencari pendapatan lebih untuk anak-anak, akhirnya menjadi begini. Sekarang saya terpaksa tanggung hutang demi perempuan jahanam ini," luahnya.
Justeru, Nor Azureen membuat laporan polis dan meminta mana-mana individu yang mengenali atau pernah melihat wanita terbabit tampil memberikan maklumat padanya.
loading...
(Video) Rugi RM5,000 Kerana Pelanggan Jahanam Ini
Reviewed by Hi Viral
on
4:35 PTG
Rating:
Tiada ulasan