Apakah Hubungan Dengan Aeril Ummi Nazeera??.. Siap Berpeluk Bergambar Mesra Lagi.. Lihat Apa Komen Ummi..
loading...
Hubungan rapat yang terjalin antara Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera menimbulkan salah faham apabila minggu lepas sebuah akhar mengatakan mereka sedang bercinta. Malah, ia turut mengundang rasa cemburu isteri Aeril iaitu Wawa Zainal.
Walaubagaimanapun, Wawa telah menafikan perkara berkenaan dan beliau sememangnya tahu tentang keakraban Aeril dan Ummi sebagai teman rapat.
Enggan masyarakat terus berspekulasi, Ummi Nazeera juga telah tampil menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aeril.
Sejujurnya, tiada apa yang berlaku, Wawa juga sangat baik dan profesional. Saya harap semua orang tidak membesarkan perkara ini dan membuat spekulasi.Saya sudah ada orang lain, jadi perlu menjaga hati pelbagai pihak. Tidak semua persahabatan berakhir dengan percintaan, kadang-kadang ia terjalin kerana pekerjaan dan itu yang terjadi antara saya dan Ariel. Terima kasih kerana memahami.
Sebelum ini, laporan berkenaan memberitahu Aeril dan Wawa hampir bercerai kerana cemburu melihat kemesraan Aeril dan Ummi didalam drama Patahnya Sebelah Sayap. Malah, Aeril dikatakan bercuti di Korea bersama keluarga kecilnya itu untuk memujuk hati Wawa.
loading...
Apakah Hubungan Dengan Aeril Ummi Nazeera??.. Siap Berpeluk Bergambar Mesra Lagi.. Lihat Apa Komen Ummi..
Reviewed by Hi Viral
on
2:58 PTG
Rating:
Tiada ulasan