Random Posts

Header Ads

Akur Tukar Lirik, Aiman Tino Janji Kejutan Di AJL31

loading...
PETALING JAYA: Penyanyi Aiman Tino memberitahu tumpuannya untuk memberi persembahan terbaik di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) pada 22 Januari depan tidak terjejas sekalipun terpaksa menukar lirik atas permintaan produksi.




Aiman Tino atau Mohd Aiman Yusri, 18, berkata, dia menganggap perkara tersebut sebagai cabaran selain melihat ia elemen kejutan buat peminat untuk mengetahui lirik yang bakal diganti nanti.

"Sejak viral tentang lirik lagu Ku Rela Di Benci yang dikatakan membawa unsur negatif tentang kematian, produksi AJL31 mohon ia ditukar dan saya telah menggantikan bahagian lirik dikatakan tersebut.

"Apapun itu bukan alasan menjejaskan tumpuan saya memberikan persembahan terbaik pada malam itu nanti sebaliknya ia bakal menjadi kejutan buat peminat yang masih berteka-teki lirik yang akan diganti," katanya

Aiman ditemui pada sidang media mengumumkan pengacara dan angka giliran artis membuat persembahan pada AJL31 nanti bertempat di Bently Music di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Aiman berkata, masyarakat seharusnya lebih berfikiran terbuka mengenai lirik lagu berkenaan kerana agama Islam sendiri menyuruh umatnya sentiasa mengingati mati.

"Rasanya kalau diamati banyak lagi lirik membawa mesej kematian dalam lagu penyanyi lain sebelum ini tetapi kenapa tiba giliran saya ia menjadi isu?

"Bagaimanapun saya cuba melihat dari sudut positif kerana mungkin ini antara petanda lagu Ku Rela Di Benci mendapat perhatian ramai," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aiman yang juga anak saudara kepada penyanyi Linda daripada kumpulan dangdut Eva berkata, single keduanya Permata Cinta yang mengangkat lirik berunsurkan kematian hanya sekadar kebetulan
loading...
Akur Tukar Lirik, Aiman Tino Janji Kejutan Di AJL31 Akur Tukar Lirik, Aiman Tino Janji Kejutan Di AJL31 Reviewed by Hi Viral on 4:09 PTG Rating: 5

Tiada ulasan