Random Posts

Header Ads

SEMASA - Wanita Rugi RM2,500 Ditipu Bibik Yang Berpakat Dengan Ejen

loading...

Kepada sesiapa yang pernah nampak atau mengenali wanita ini, tolong hubungi saya. Saya telah dipukau dan ditipu oleh perempuan dalam gambar ini. 

Dia yang kononnya ejen kepada pembantu rumah baru saya (memandangkan bibik yang lama balik ke Indonesia hari ini), jadi saya berjumpa dengan seorang perempuan ini pada jam 3 petang tadi (4 Disember 2016 di Dunkin Donuts Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk mengambil bibik berkenaan. 

Pembayaran sebanyak RM2,500 telah dibayar pada ejen berkenaan. Selepas berborak, dalam jam 4 petang saya pun terus bawa bibik masuk ke dalam kereta dan bawa balik ke rumah saya di Desa Petaling untuk letak beg pakaian dia. Kemudian, dia mengikut saya keluar semula untuk pergi COD produk saya di rumah Mariani Kamaruddin, rumah, Petaling Jaya. 

Selesai di situ, saya terus pergi ke Chow Kit sebab nak belikan mainan untuk anak-anak. Saya dan anak lelaki sulung keluar dari kereta, manakala dua lagi anak saya menunggu di dalam kereta bersama suami dan bibik. 

Sebaik sahaja saya masuk ke dalam kedai mainan, bibik itu kemudian meminta izin suami saya untuk keluar ke tandas. 

Tuan, saya tak tahan. Nak ke tandas tuan," katanya. 

"Tunggu puan, sekejap saja beli mainan," kata suami. 

"Tak tahan sangat ni tuan," katanya. 

Jadi suami saya terus bukakan pintu sebab dia tidak pandai membuka pintu kereta saya itu. 

Suami pun tengok saja bibik itu masuk ke dalam kedai mainan yang saya masuk (kedai berdepan dengan Public Bank) dan kebetulan anak saya, Harith, setahun 9 bulan nak minta tukar pampers. Lalu suami tolong tukarkan dan tak perasan bila masa bibik itu keluar dari kedai mainan. 

Setelah lebih setengah kami berpusing-pusing mencari bibik itu tadi, barulah kami sedar yang kami telah ditipu dan ejen itu juga sudah tidak dapat lagi dihubungi. 

Tetapi yang menjadi persoalan saya sekarang ialah, dari mana ejen itu mendapat nombor telefon saya dan mengetahui bahawa saya memerlukan bibik dalam masa terdekat? 

Ya Allah, berikanlah petunjuk. Adakah bibik saya itu berpakat? Kenapa begitu mudah saya percaya pada orang yang langsung saya tak kenali dan mudah sangat berbuat baik pada orang yang saya sendiri tidak tahu identitinya. - Mimy Luffy | The Reporter
loading...
SEMASA - Wanita Rugi RM2,500 Ditipu Bibik Yang Berpakat Dengan Ejen SEMASA - Wanita Rugi RM2,500 Ditipu Bibik Yang Berpakat Dengan Ejen Reviewed by Hi Viral on 7:11 PG Rating: 5

Tiada ulasan