Random Posts

Header Ads

Takut Isteri Marah Kerana Habiskan RM500 Bersama Perempuan Lain, Suami Buat Laporan Palsu

loading...

BAHAU, NEGERI SEMBILAN - Bagi mengelakkan dirinya dimarahi isteri setelah wang RM500 miliknya habis, seorang warga emas sanggup membuat laporan polis mendakwa dirinya disamun, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, taktik lelaki berusia 70 tahun itu memakan diri selepas siasatan polis mendapati laporan yang dibuatnya itu adalah palsu. 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki terbabit telah membuat laporan kononnya telah disamun ketika melalui jalan belakang deretan kedai berhampiran stesen bas Bahau. 

"Kami telah memanggil semula warga emas ini semalam (4 Disember) untuk membuat kawad cam berdasarkan laporan pertamanya pada 24 November lalu. Namun dia telah mengakui bahawa dia telah membuat laporan palsu dan kejadian samun itu tidak berlaku. 

"Dia telah membuat laporan palsu itu kerana telah menghabiskan wang sebanyak RM500 tanpa pengetahuan isteri dan bimbang isterinya marah," katanya. 

Hasil siasatan lanjut mendapati, pada hari kejadian sekitar jam 12 tengah hari ketika di dalam bas, lelaki berkenaan berjumpa dengan seorang perempuan berusia 20'an sebelum mengajak perempuan itu pergi ke sebuah hotel di Bahau untuk melakukan hubungan seks. 

"Perempuan terbabit mengenakan upah sebanyak RM100 dan warga emas ini kemudiannya terus membayar tanpa mengira wangnya terlebih dahulu," katanya. 

Kes itu masih di dalam siasatan polis di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu. - The Reporter
loading...
Takut Isteri Marah Kerana Habiskan RM500 Bersama Perempuan Lain, Suami Buat Laporan Palsu Takut Isteri Marah Kerana Habiskan RM500 Bersama Perempuan Lain, Suami Buat Laporan Palsu Reviewed by Hi Viral on 7:14 PG Rating: 5

Tiada ulasan