Random Posts

Header Ads

MASUK ICU - MAMAT KHALID KINI STABIL, DIPANTAU DOKTOR

loading...
"Tekanan darah dia tinggi dan bimbang dia mendapat serangan jantung, namun Alhamdulillah, sekarang sudah semakin baik berbanding pagi tadi (semalam). 

"Dia (Mamat) mahu keluar dari ICU dan duduk di wad biasa tapi doktor tidak benarkan. Mereka bimbang apa-apa berlaku terhadapnya jika berseorangan, kalau di ICU ramai yang jaga," ujar Hasmah Hassan, 54, isteri kepada pengarah filem, Mamat Khalid, mengenai keadaan suaminya itu. 

Hasmah berkata, setakat ini doktor masih lagi membuat pemantauan terhadap kesihatan suaminya dari semasa ke semasa. 

Klik untuk gambar besar
 



Difahamkan, Mamat Khalid dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Ampang pada semalam selepas mengadu sesak nafas. 

"Semalam dia mengadu sakit dada selepas balik dari kedai mamak, dia terlalu letih melayan tetamu yang datang pada majlis tayangan filemnya 'Lebuhraya Ke Neraka' hingga ke malam. 

"Bangun pagi tadi (Jumaat) keadaan dia sangat lemah dan anak-anak bawa dia ke hospital kira-kira pukul 9 pagi tadi," katanya yang turut memberitahu bahawa keadaan suaminya itu semakin stabil dan tekanan darahnya juga beransur baik. 

Pada November 2014, Mamat turut dimasukkan ke ICU selepas mengalami masalah jantung tersumbat. 

Dalam pada itu, tambahnya, pengarah filem Hantu Kak Limah itu juga sudah mampu untuk bercakap. 


www.myartis.com / Sumber: mStar 

Read more: http://www.myartis.com/2017/04/masuk-icu-mamat-khalid-kini-stabil.html#ixzz4f4XwPWsO
loading...
MASUK ICU - MAMAT KHALID KINI STABIL, DIPANTAU DOKTOR MASUK ICU - MAMAT KHALID KINI STABIL, DIPANTAU DOKTOR Reviewed by Hi Viral on 7:46 PTG Rating: 5

Tiada ulasan