Random Posts

Header Ads

Noorkumalasari Bimbang Keadaan Anita Sarawak!! Ini Puncanya..

loading...


Pelakon dan penyanyi popular era 1970-an dan 1980-an, Noorkumalasari mengakui bimbang dengan perkembangan terkini kakaknya yang juga penyanyi popular Anita Sarawak apabila terputus hubungan sejak kebelakangan ini. 



Noor, 61, ketika ditemui berkata, dia ada menghantar ucapan ulang tahun kelahiran kepada Anita menerusi aplikasi WhatsApp pada Mac lalu, tetapi langsung tidak dibalas.

“Saya tak pasti sama ada dia sudah bertukar nombor telefon kerana panggilan daripada adik-beradik yang lain juga tidak berjawab.

“Sebelum ini, sesekali dia ada menghubungi kakak saya yang lain memaklumkan perkembangan terbarunya. Ia sedikit-sebanyak melegakan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Anita meninggalkan pentas seni tanah air pada 2013 apabila membuat keputusan untuk kembali ke Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) bersama suaminya yang juga warga Britain, Mohamad Mahathir Abdullah bagi memulakan kehidupan yang lebih privasi dan tertutup.

Harian Metro pada Mei 2015 melaporkan Anita sudah bersara daripada bidang nyanyian dan kini memberi tumpuan kepada perniagaan hartanah di AS.

Difahamkan, Anita juga sudah bertudung.

Noor berkata, dia pernah bertanya kepada Anita mengenai perkara itu, tetapi penyanyi itu menafikan dia sudah bertudung.

Sebagai seorang adik, Noor mendoakan yang terbaik buat Anita dan berharap kesihatannya terpelihara.

“Saya berharap semoga dia sihat di samping suaminya. Paling penting walaupun di negara orang, dia tetap berpegang pada landasan agama Islam.

“Kita kena sentiasa ingat Allah kerana Dia yang beri hidayah untuk kita. Saya sentiasa mendoakan supaya kakak berubah,” katanya yang baru selesai membintangi telefilem Pintu No 9 yang mengangkat kisah bapanya yang juga pelakon legenda, Allahyarham Datuk S Roomai Noor.

Difahamkan, kawan baik Anita pernah mencarinya di Las Vegas tetapi gagal mengesan Anita.

Anita adalah anak hasil perkahwinan Roomai Noor dengan Allahyarham Siput Sarawak.



Sumber asal: Harian Metro
loading...
Noorkumalasari Bimbang Keadaan Anita Sarawak!! Ini Puncanya.. Noorkumalasari Bimbang Keadaan Anita Sarawak!! Ini Puncanya.. Reviewed by Hi Viral on 9:05 PTG Rating: 5

Tiada ulasan