8 bulan bercinta, baru tersedar 'teman wanita' ada jari ke-11
loading...
KALIMANTAN, INDONESIA - Alangkah terkejutnya seorang lelaki apabila mengetahui teman wanitanya yang baru dikenalnya sejak 8 bulan lalu merupakan seorang lelaki berperwatakan perempuan, lapor eBerita.
Dalam kejadian Khamis lalu di Pangkalan Bun, selatan Kalimantan, Rizki Budian ditangkap berkhalwat dengan pasangan 'pondannya', Laure, 21, di sebuah hotel dalam serbuan Jabatan Agama Pangkalan Bun.
Kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Pangkalan Bun untuk diambil keterangan.
Menurut Rizki yang berasal dari, dia sudah menjalinkan hubungan cinta dengan Laure sejak 8 bulan yang lalu. Mereka jarang bertemu kerana jarak tempat tinggal yang tidak mengizinkan dan hanya berpeluang bertemu dua kali sebulan.
"Setiap kali bertemu, dia akan memakai tudung. Tiada sedikit pun kelakuannya yang mencurigakan dan dia memang nampak seperti seorang perempuan, putih, cantik, gebu, badan melentik dan tinggi lampai.
"Sehinggalah beberapa bulan kemudian, kami semakin rapat dan akhirnya rahsia dia terbongkar apabila kami menyewa bilik di sebuah hotel bajet.
"Saya terkejut, menyesal dan malu. Dia rupa-rupanya lelaki!" kata Rizki.
Dalam keterangan Laure, dia mengaku telah memperdayakan lelaki itu melalui sebuah laman sosial.
Kedua-dua mereka dihadapkan ke Mahkamah Pangkalan Bun, Jumaat lalu untuk didakwa di atas kesalahan berkhalwat dan melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis. - The Reporter
loading...
8 bulan bercinta, baru tersedar 'teman wanita' ada jari ke-11
Reviewed by Hi Viral
on
11:50 PG
Rating:
Tiada ulasan