Random Posts

Header Ads

loading...



Kini telah setahun Anzalna dan suami Hanif bernikah dan mendirikan rumah tangga. Memang bahagia pasangan ini.

Sejak berkahwin, pelakon jelita ini akui ada minat dengan hobi yang baru iaitu menghias rumah.

Namun Anzalna Nasir dikatakan terlalu kerap dan hampir setiap hari dia mengalih perabot.

Ini sekaligus membuatkan suaminya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki menjadi bingung.

Ini komen Anzalna:

"Aktiviti paling menyeronokkan sekarang adalah menghias rumah. Bayangkan, saya mengubah kedudukan perabot hingga suami jadi bingung. 

"Malah, saya semakin 'gila' membeli barang hiasan rumah terutama lampu. Gara-gara itu, Hanif mencadangkan saya membuka kedai kerana terlalu banyak lampu yang dibeli,"


Kerana mempunyai hobi yang baru itu, dia kini kurang berminat membeli pakaian dan baju baru, tidak seperti sebelum berkahwin.

Kini pealkon jelita ini akui terlalu banyak membeli barang hiasan rumah sahaja.

Setelah melihat terlau banyak barang rumah yang dibelinya, Anzal kini sedar bahawa dia harus mengawal perbelanjaan bagi mengelak pembaziran.

Oleh itu, pelakon ini telah bercadang untuk menjual hiasan lampu yang tidak digunakan di laman Instagram miliknya tidak lama lagi.
loading...
Reviewed by Hi Viral on 3:30 PTG Rating: 5

Tiada ulasan