Random Posts

Header Ads

Fynn Jamal Beri Respon Balas Setelah Dihentam Netizen, Ditegur Ilmuan Agama Termasuk Mufti

loading...


Selebriti yang telah berhijrah Fynn Jamal menerima kecaman pelbagai pihak apabila videonya menjadi viral.

Video itu menerangkan solat wanita dan lelaki sama sahaja dan jangan sembahyang seperti anjing. 

Baca kisah Fynn Jamal itu DISINI.

Setelah dihentam orang ramai dan dinasihati oleh ilmuan agama, penyanyi ini telah menulis respon balas di laman sosial miliknya.

Ini komen Fynn Jamal:

bezanya saya artis.
itu sahaja.
.
dan seorang artis itu tertakluk kepada hanya kejahilan semata.
.
pedulilah kalau bapanya orang masjid, mertuanya imam surau, sekolahnya sekolah agama, universitinya universiti agama, minornya ketika study adalah islamic revealed knowledge, hafazannya baru beberapa juzuk--
dia cuma dipandang sebagai seorang artis.
.
sesiapa yang pernah berada di perkongsian2 saya-- wartawan2 yang selalu meminta untuk menemubual saya untuk kisah penghijrahan;
semuanya akan tahu saya mengelak betul perkataan itu.
.
saya akan kata--
saya tak ada kisah hijrah.
.
orang berhijrah dari jahil menjadi tahu. sedangkan saya--
telah lama tau--
cuma mata saja buta,
cuma mulut saja bisu.
.
sebab itu orang tak mampu terima pengembalian saya kepada agama. bagi ramai, pulangnya saya pada الله adalah keterlaluan drastik; sedangkan telah lama saya tau pemilik saya adalah الله dan bukan apa2 atau siapa2 di dunia penuh fana dan plastik.
.
labuh tudung saya jadi isu. hitam pakaian saya jadi isu. segala pilihan2 saya jadi isu. sedangkan setiapnya saya perbuat berasas. perkara2 yang difikirkan kejutan budaya untuk saya hakikatnya fitrah yang saya doa hari2 untuknya.
.
apa yang sebenarnya;
masyarakat yang terkejut dengan saya.
dan benda2 begini mengundang takut--
maka ditolak bulat2 oleh mereka.
.
bila terbengkok, suruh balik ke jalan lurus.
bila dah balik-- jangan terlalu lurus.
bengkok sedikit. kena sama dengan semua.
jangan jadi asing.
.
kena lurus--
tapi bengkok.
kena betul--
tapi senget.
.
susah.
.
saya orang yang ada landasan cuma tergelincir. maka dalam perjalanan membetulkan, saya gali segala yang saya daya.
.
dari guru2 terpencil sehingga ke guru2 di masjid negara. ustaz2 soleh sehingga ustaz2 rancangan realiti. semua saya pasang telinga.
.
setiap ilmu saya jumpa, saya jadi seronok mau kongsikan. saya pegang janji saya pada الله-- saya tak mau adik2 dan anak2 saya jadi macam saya di masa silam saya, nauzubillah.
.
saya perlu kongsi kerana dulu ketika saya rindu pada الله-- terkatup rapat semua pintu. nak belajar agama kena sempurna dulu baru boleh cuba mahu tahu pasal apa2. tudung kena elok, stokin kena ada baru boleh hendak berbual agama. tonton video2-- yang banyak cuma guru2 agama saling bodoh-membodoh sesama mereka; or worse-- melembu2 orang2 yang masih belum soleh seperti mereka.
.
orang2 seperti saya dan kawan2 saya--
orang2 yang masih belum jumpa.
.
agama الله begitu sulit untuk saya capainya. itulah yang saya kira mungkin saya boleh bikin perkongsian; utk anak2 macam saya di suatu masa.
.
dan berkongsi2 ini sudah seperti darah-daging saya dari dahulu. lebih 15 tahun di alam maya-- dari pakaian tak serupa pakaian sehingga sekarang dalam usaha menjaga apa yang saya rasa mau saya jaga. dari bahasa kasar2 dan biadab sehingga sekarang dalam usaha menjaga tutur dalam bicara.
.
saya masih lagi belajar.
.
tidak langsung ada niat melangkah ulama', sentiasanya di bibir saya akan terlafaz "tapi apa2, rujuklah mana2 yang kamu selesa". dalam video perkongsian tentang solat, spesifiknya. yang saya berulang kali pesankan: "pergilah tanya dan ikut atas yakinnya". kerana itulah tema perkongsian saya-- rujuk semula.
.
saya tidak meletak nombor hadith seperti perkongsian2 saya biasanya kerana saya mahu kita semua pergi belajar semula. kalau mmg sudah betul-- jadi kukuh. kalau perlu diperbetul-- bikin sampai jadi lega. tidak ada langsung walau satu nama saya petik; tapi begitu ramai pula yang tersinggung kerananya.
.
tapi mungkin juga kerana pilihan perkataan2 saya yang mendatangkan kekeliruan dan kemarahan sesetengah pihak--
kebanyakan memberi respon emosi berbanding tenang berbahas berlandas hak.
.
untuk itu maafkan saya.
.
silap memang terlalu banyak dari saya. terlalu seronok mau berkongsi sehingga saya lupa tak semua suka makan apa yang kita hulur suapkan. lauk kita masak tak semestinya untuk mereka masuk ke tekak.
.
saya kira menggunakan bahasa baik2, berpesan utk "ayuh semak semula" dengan manis2 sudah cukup sopan. wallahi tidak ada langsung diniatkan untuk menimbulkan fitnah pada agama, jauh sekali untuk merendah2kan sesiapa. apa lagi memberi fatwa. saya belum gila.
.
begitu salah rupanya kiraan saya.
.
maka saya diamkan pada segala fitnah yang melarat2 dari sekadar panggilan anjing babi-- sehingga dikafir-sesatkan secara terbuka. saya diamkan kerana tidak ada satu pun jawapan yang akan memuaskan hati sesiapa.
.
apa yang menakjubkan adalah keperbezaan dalam solat itu-- tidak ada dosanya-- berbanding pergaduhan yang astaghfirullahal 'azim... i cant even start. saya tak tau nak mula macammana nak cakap salahnya komen2 sedemikian.
.
haih la.
.
i started this,
so kindly accept my offer to stop all this.
.
kita bukan berbahas tentang hukum menutup aurat yang sememangnya jelas tak perlu dibahas.
.
kan?
.
kalaulah debat kita tentang hukum2 fundamental seperti solat itu wajib-- itu lebih mudah. hitam atau putih. tak ada samar atau kelabu.
.
isunya tidak besar. cuma jadi nanah apabila penyataan ahli2 forum dan para pencetus fitnah di blog yang memulakan perenggan dengan sesuatu yg kelihatan seperti saya menyuruh masyarakat berhenti solat seperti anjing. astaghfirullah.
.
ittaqullah.
takutlah sama الله.
.
itu bukan saya yang kata. tapi rasulullah saw. perkara2 saya kongsi-- bukan saya reka2. itu apa yang saya belajar di kelas saya. di usia ini. di waktu ilmu memang saya cari-- dan bukan perlu dihafal kerana ia silibus yang wajib dihafali.
.
banyak yang sekadar menampal2 teguran ulama' dan ustaz tentang perkongsian saya.
status dan komen ulama' dan ustaz yang menyokong atau sekurang2nya menerima perkongsian saya (walau dalam kekurangan fasih saya)--
tiada.
.
namun wallahi. tidak apa.
faimma ya'tiannakum minni huda
faman tabi'a hudaaya
fala khaifun 'alaihim
wala hum yahzanuun.
.
i am good :)
.
jadi kindly dear readers. ayuh hentikan perbalahan yang membahagiakan syaitan ini. kalau pun saya salah-- doakan saya. minta الله selamatkan saya dari kesalahan. tidakkah itu cukup indah dilakukan sesama kita? pendoa dapat pahala-- penerima mungkin diizinkan untuknya.
.
apa pun jua,
bismillahirrahmaanirrahim;
.
dengan bakal masuknya maghrib jumaat ini,
saya secara terbuka memaafkan sekalian fitnah dan kekasaran yang sengaja atau tidak, segala keji maki yang diterang2kan atau tidak.
.
allahummahdi qaumin
fainnahum laa ya'lamuun
.
dan bersekali dengannya, seandainya sudi, lihatlah ketiga2 video di bawah ini berkaitan samanya solat seorang laki2 dan perempuan dari tiga islamic scholars yang haafiz al-quran dan hadith. tidak ada paksaan untuk memahaminya, cuma sekadar untuk memberi bukti yang fitnah2 tertulis tentang saya mengeluarkan fatwa itu adalah dari syaitanirrajim yang memberi inspirasi kepada pencetusnya.
.
moga2 memanfaat.
dan saya tidak tipu bila saya kata;
saya sayang semuanya--
fillah.
fi sabiilillah.
.
seandainya kehinaan yang saya terima beberapa minggu ini membuka hati sesiapa untuk mula mencari agama الله--
saya redha.
.
saya yakin semua mahu dikasihi الله.
saya juga.
.
bezanya saya pernah jadi artis.
itu sahaja.
.
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
loading...
Fynn Jamal Beri Respon Balas Setelah Dihentam Netizen, Ditegur Ilmuan Agama Termasuk Mufti Fynn Jamal Beri Respon Balas Setelah Dihentam Netizen, Ditegur Ilmuan Agama Termasuk Mufti Reviewed by Hi Viral on 6:46 PTG Rating: 5

Tiada ulasan