Zarina Anjoulie Disahkan Bercerai, Dedah Punca Sebenar Penceraian Yang Ramai Rasa Pelik
loading...
Pelakon yang sering terpalit dengan kontroversi, Zarina Anjoulie pernah memuat naik status di Instagram, 'Keep calm, I'm a single mom. I've got this', seolah-olah sudah bergelar ibu tunggal pada tahun lalu.
Kini, Zarina akhirnya membuat pengakuan bahawa dia dan suami telah bercerai pada 18 Disember 2016.
Suaminya seorang warga Brunei bernama Pengiran Mohd Ilham Syazwan.
Zarina yang kini mentap di Malaysia setelah bercerai berkata, mereka tidak dapat mengekalkan persefahaman dan akhirnya bersetuju untuk bercerai secara baik.
Pelakon ini mendedahkan usia suami yang muda sebagai punca kepada penceraianya.
Zarina berumur 31 tahun manakala suaminya 5 tahun lebih muda, iaitu berumur 26 tahun.
Ini komennya:
"Selepas mengenalinya selama empat bulan, bekas suami datang berjumpa saya dan kami buat keputusan untuk berkahwin.
"Bagaimanapun kebahagiaan hanya dikecapi selama setahun lima bulan saja dan selepas itu rumah tangga kami mula bergolak,"
"Faktor penceraian saya disebabkan usia bekas suami yang terlalu muda ketika berkahwin. Selepas mendapat anak, keretakan rumah tangga kami sukar dibendung dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami.
"Saya sebenarnya mengharapkan yang terbaik daripada perkahwinan ini tetapi apakan daya jodoh saya tak kekal lama,"
Zarian turut mendedahkan bahawa dia dan bekas suami berkenalan menerusi Instagram sejak November 2014.
Mereka mengambil keputusan untuk bernikah beberapa bulan selepas itu, pada 8 Februari 2015.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia enam bulan yang dijaga oleh Zarina.
loading...
Zarina Anjoulie Disahkan Bercerai, Dedah Punca Sebenar Penceraian Yang Ramai Rasa Pelik
Reviewed by Hi Viral
on
6:47 PTG
Rating:
Tiada ulasan