Random Posts

Header Ads

Pelakon Baru Bercerai, Zarina Anjoulie Buat Report Polis Terhadap Ibu Seorang Pelakon Popular

loading...


Pelakon baru sahaja mengesahkan penceraiannya iaitu Zarina Anjoulie sekali lagi terpalit dengan kontroversi.

Kali ini Zarina dikatakan telah  membuat report polis terhadap ibu kepada seorang pelakon popular pada 23 Mac lalu.

Dia tekad berbuat demikian setelah diburukkan oleh wanita itu menerusi laman sosial Instagram.

Tambah Zarina, masalah cemburu terhadap perniagaan menjadi punca ibu pelakon wanita ini berbuat demikian terhadapnya.

Ini komen Zarina: 

"Ketika mula berniaga dahulu, saya memang mengambil produk daripada wanita ini untuk dijual. Harga yang diberikan boleh dikatakan agak mahal juga.

"Selepas itu saya dapat produk serupa daripada pembekal lain dan menghentikan urusan dengannya secara baik," 

"Dia mula menyentuh peribadi saya dengan mengungkit kisah silam serta memaki hamun pelanggan yang mempertahankan saya.

"Bukan itu saja, anak lelakinya juga bertindak keterlaluan apabila menghantar mesej berbaur ugutan. Disebabkan tindakan itu melampaui batas, saya bertindak membuat laporan polis," 

Ini pula luahannya di IG:

Alhamdullilah settle dah polis report supaya pihak peguam saya Boleh mengambil tindakan yang selanjut nya terhadap MAMAZURA dan suku sakat nya MONALISA SULAIMAN

Maaf nye Aku dah banyak sabar tapi korang naik lemak so ini je la jalan yg terbaik. Thank u k bye 


Zarina Anjoulie yang popular menerusi drama  telah membuat laporan di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan pada jam 7.39 petang.

Sumber: Harian Metro
loading...
Pelakon Baru Bercerai, Zarina Anjoulie Buat Report Polis Terhadap Ibu Seorang Pelakon Popular Pelakon Baru Bercerai, Zarina Anjoulie Buat Report Polis Terhadap Ibu Seorang Pelakon Popular Reviewed by Hi Viral on 4:13 PTG Rating: 5

Tiada ulasan