Random Posts

Header Ads

Arwah Johan Nawawi Paling Terkilan, Sedih Dengan Apa Yang Berlaku Ke Atas Nora Di GegarVaganza

loading...


Suami Nora, Johan Nawawi semalam disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Sememangnya satu berita yang amat mengejutkan industri hiburan tanah air.

Beberapa teman rapat dan rakan industri ada memberi pandangan dan kata-kata tentang arwah Johan Nawawi.

HABSAH HASSAN (Penulis Lirik)

Rakan seperjuangan, Habsah Hassan mengenali Johan lebih 20 tahun dan menyifatkan arwah seorang yang berakhlak baik walaupun berada dalam industri hiburan yang penuh denagn pancaroba.

Habsah memberitahu arwah Johan Nawawi pernah mengadu rasa terkilan dengan kejadian yang menimpa isterinya Nora Ariffin dalam program Gegar Vaganza.

Habsah menyatakan, Johan berasa sungguh sedih dan kecewa dengan kontroversi yang terpalit pada isterinya sepanjang program itu berlangsung.

Ini komen Habsah Hassan: 

"Sepanjang kami kenal dia paling terkesan dan sedih dengan kontroversi Nora dalam program Gegar Vaganza musim lalu.

"Dia mengadu, Nora tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian kerana mereka sudah berkerja keras untuk pertandingan itu. Tapi akhirnya dia dapat terima ia adalah permainan dalam industri hiburan," 


"Kami ada berkolaborasi beberapa buah lagu bersama dan banyak bertukar pendapat tentang industri hiburan tanah air. Kali terakhir saya jumpa dia tiga hari lalu ketika majlis makan malam," 

DATO DJ DAVE (Penyanyi)

Datuk DJ Dave memberitahu pemergian Johan Nawawi merupakan satu kehilangan yang besar buat industri hiburan tanah air.

Bagi DJ Dave, Allahyarham merupakan seorang yang bijak. Kali terakhir berjumpa, DJ Dave mengatakan Johan kelihatan sihat seperti biasa.

Ini komennya:

"Saya kenal dia sudah lama dan baru-baru ini kami ada berjumpa dalam sebuah majlis, saya nampak dia sihat seperti biasa.

"Saya terkejut dapat berita sedih kehilangannya pagi tadi. Dia seorang rakan seperjuangan yang baik dan sayangkan industri muzik tempatan," 


DATO M NASIR (Penyanyi, Komposer)

Datuk M Nasir merupakan antara rakan seperjuangan yang rapat dan sering bertemu serta bertukar-tukar pendapat dengan Johan Nawawi.

M Nasir turut menyifatkan Allahyarham seorang rakan pemurah, rajin dan kreatif.

Ini komen M.Nasir:

"Kami berkawan baik sudah lama dan selalu berjumpa bukan sahaja di majlis-majlis malah ketika di luar.

"Allahyarham seorang rakan yang baik, rajin dan kreatif. Dia banyak menghabiskan masa di belakang tabir. Saya sangat terasa akan kehilangannya kerana dia seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam,"


takziah buat keluarga Johan dan Nora. Al Fatihah
loading...
Arwah Johan Nawawi Paling Terkilan, Sedih Dengan Apa Yang Berlaku Ke Atas Nora Di GegarVaganza Arwah Johan Nawawi Paling Terkilan, Sedih Dengan Apa Yang Berlaku Ke Atas Nora Di GegarVaganza Reviewed by Hi Viral on 9:18 PG Rating: 5

Tiada ulasan