Random Posts

Header Ads

Raja Afiq kurang ajar! - Razaisyam Rashid

loading...


"Saya tak pernah jumpa lagi pelakon yang kurang ajar macam dia." kata pengarah, Razaisyam Rashid yang kecewa dengan tindakan pelakon Raja Afiq meninggalkan lokasi penggambaran drama Ketupat Rendang Brownies Coklat tanpa sebarang sebab, semalam.

Razaisyam berasa terkejut dengan tindakan pelakon baru itu yang dianggap sebagai kurang ajar.
"Sepanjang 10 tahun menjadi pengarah, ini kali pertama saya berdepan situasi sebegini. Sebelum ini saya pernah mengarah pelakon hebat yang memenangi anugerah, tapi mereka okey saja. Tidak ada pula yang buat perangai dan mendatangkan masalah di lokasi.

"Dia sebagai orang baru dalam industri pula sudah berani menunjukkan sikap begitu. Bukan sahaja dengan saya tetapi juga di depan kru dan pelakon senior lain. Dia sepatutnya berasa malu dengan tindakan itu,

"Dia mempersoalkan kenapa perlu melakonkan dua babak kerana mengikut pengetahuannya hanya satu babak. Bagi saya itu tak masuk akal kerana pihak produksi sudah memaklumkan perkara ini lebih awal.

"Kalau memang dia tak mahu terbabit dalam drama ini, kenapa dari awal bersetuju? Seperkara lagi, kalau betul setakat satu babak lebih baik saya menggunakan khidmat pelakon lain,” katanya.
Sementara itu, Raja Afiq menafikan dakwaan Razaisyam dia sengaja meninggalkan lokasi penggambaran.
"Saya ralat dengan cerita yang tersebar ini. Dalam drama itu, saya hanya buat kemunculan istimewa dalam satu babak.

"Sudah tentu saya terkejut apabila pihak produksi minta saya menjayakan satu lagi babak tambahan sedangkan pengurus memaklumkan hanya satu babak sahaja,

"Saya kecil hati apabila dimarahi walhal bertanya secara baik.

"Justeru, selepas babak selesai saya terus meninggalkan lokasi itu kerana mereka yang tidak profesional,” katanya.
-sumber HarianMetro
loading...
Raja Afiq kurang ajar! - Razaisyam Rashid Raja Afiq kurang ajar! - Razaisyam Rashid Reviewed by Hi Viral on 5:14 PTG Rating: 5

Tiada ulasan