Random Posts

Header Ads

Akhirnya Datuk Ramli MS Buka Mulut Isu Shidi Tersingkir GV 3... Tak Sangka Ini Komen Beliau

loading...
Ketua juri GegarVaganza 3 (GV 3), Datuk Ramli MS ralat apabila bintang GV 3, Shidi Data tersingkir di konsert minggu kelima.



"Shidi telah memberikan persembahan yang baik di konsert minggu kelima. Namun begitu, saya ralat apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

"Saya tidak memilih Shidi untuk keluar tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ini kerana markah yang diberikan antara tiga juri berbeza," kata Ramli kepada Astro Gempak.

Tidak tahu bagaimana cara penilaian juri lain, Ramli menjelaskan peserta yang tersingkir ditentukan menerusi kutipan markah secara kolektif antara tiga orang juri.

"Saya tidak tahu bagaimana cara juri lain memberikan permarkahan dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya.

"Di konsert minggu kelima, markahnya telah menjadi dua lawan satu dan penjurian harus mengikut markah majoriti. Apabila markah tiga juri dicampurkan, Shidi mendapat markah paling rendah," katanya lagi.

Penyingkiran Shidi membuatkan ramai peminat tidak berpuas hati kerana merasakan persembahan yang diberikan oleh Shidi lebih menarik berbanding persembahan Ameng Spring yang terlupa lirik sewaktu menyanyi.

Sementara itu, pihak Astro menafikan Shidi tersingkir kerana dirinya kurang popular berbanding Ameng.

"Penyingkiran Shidi adalah disebabkan dia mengutip markah paling rendah. Beza markah Shidi dan Ameng pun hanya satu mata sahaja.

"Jika ada pihak yang mendakwa Ameng dikekalkan kerana dia lebih popular berbanding Shidi, dakwaan tersebut tidak benar. Tidak adil untuk mengatakan Astro mengekalkan peserta yang popular sahaja.

"Kalau benar Astro mengekalkan seseorang menerusi ukuran populariti, sudah pasti Elly Mazlein masih dikekalkan sehingga ke hari ini," kata Raqim Ahmad selaku Ketua Saluran Melayu Astro.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu keenam GV 3 bakal membawa tema RockDut dan lapan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
loading...
Akhirnya Datuk Ramli MS Buka Mulut Isu Shidi Tersingkir GV 3... Tak Sangka Ini Komen Beliau Akhirnya Datuk Ramli MS Buka Mulut Isu Shidi Tersingkir GV 3... Tak Sangka Ini Komen Beliau Reviewed by Hi Viral on 9:40 PG Rating: 5

Tiada ulasan