Kisah Pembunuhan Miss Malaysia 1971 Yang Kekal Misteri Hingga Kini
loading...
Ketika penghujung tahun 70an dulu, selain daripada kes jenayah melibatkan Botak Chin, ada satu lagi kisah yang menggemparkan rakyat Malaysia iaitu pembunuhan seorang guru yang juga bekas ratu cantik Miss Malaysia - Jean Perera Sinnapa.
Segalanya bermula dengan penemuan mayat Jean,31,di dalam keretanya dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam di Lebuhraya Persekutuan berhampiran selekoh menghala ke Lapangan Terbang Subang 6 April 1979.
Di luar kereta berkenaan, abang iparnya pula Karthigesu Sivapakiam ditemui tidak sedarkan diri tak jauh dari mayat Jean. Karthigesu merupakan pensyarah bidang psikologi di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras,Kuala Lumpur.
Untuk rekod, empat bulan sebelum berlakunya kes itu, suami Jean yang bernama S. Sinnapa mati akibat kemalangan.
Selepas kematian suaminya, Jean menjalinkan hubungan cinta dengan Karthigesu. Pada masa yang sama, Jean juga telah bermain asmara dengan seorang doktor dari Sri Lanka, Dr. Narada Warnasurya.
Malah mereka berdua pernah bertemu di Kuala Lumpur. Siasat punya siasat, akhirnya polis syak pembunuhan itu memang dilakukan oleh Karthigesu sendiri yang dikatakan cemburu dengan hubungan intim antara Jean dan Dr. Narada.
Ia sekaligus menolak hujah Karthigesu yang mendakwa kononnya dia tidak ingat apa-apa pada malam kejadian itu kerana telah dilanggar sebuah kereta sewaktu sedang membuang air di tepi lebuhraya tersebut.
Perbicaraan kemudiannya berlangsung selama 38 hari melibatkan 58 saksi. Tujuh juri lelaki mengambil masa 4 jam untuk membuat keputusan 5:2. (Dulu kita ada sistem juri, sekarang dah takde, semua hakim yang buat keputusan). Berbalik pada kes ini, keputusannya Karthigesu didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati.
Namun tidak lama selepas pembicaraan tamat, muncul pula seorang saksi bernama Jayatilake mendakwa dia banyak menipu ketika memberi keterangan semasa perbicaraan dilangsungkan.
Mahkamah serta merta menerima pengakuan bohong itu dan membebaskan Karthigesu. Selepas dua tahun satu bulan empat hari berada di penjara, Karthigesu dibebaskan pada 20 Mei 1981.
Jayatilake yang mengaku berbohong pula didapati bersalah dan dihukum penjara selama 10 tahun. Dua tahun kemudian Jayatilake mati kerana sakit ketika masih dalam tahanan.
Kini Karthigesu hidup bahagia di Klang dan telah berkahwin. Persoalan siapa sebenarnya yang bunuh Jean sehingga kini MASIH TINGGAL MISTERI DAN PENUH TANDA TANYA. Tiada lagi tangkapan, tiada lagi pertuduhan!
loading...
Kisah Pembunuhan Miss Malaysia 1971 Yang Kekal Misteri Hingga Kini
Reviewed by Hi Viral
on
5:18 PTG
Rating: 5
Tiada ulasan