Random Posts

Header Ads

Kantoi: TMJ Dedah Manipulasi Wang Berkaitan Pemain Import di Malaysia

loading...
ramai mengetahui suasana bola sepak tempatan sering dicemari dengan insiden salah laku dan rasuah oleh individu di pihak tertinggi persatuan, tetapi tiada siapa yang berani mendedahkan apatah lagi mengambil tindakan undang-undang terhadap sang pelaku.

Selain mempunyai pengetahuan mendalam mengenai industri bola sepak di Malaysia, Tengku Mahkota Johor (TMJ) juga turut memiliki bukti-bukti kukuh mengenai kes salah laku yang berlaku seperti yang pernah dihebohkan melalui sebuah pendrive yang beliau serahkan kepada pihak SPRM tidak lama dahulu.

Dalam posting terbaru yang disiarkan melalui Facebook Johor Southern Tigers, TMJ bertindak mendedahkan bagaimana manipulasi wang berkaitan pemain import di kelab-kelab bola sepak dalam negara ini berlaku. Ikuti pendedahan penuh TMJ dibawah...


KEBENARAN TENTANG PEMAIN IMPORT, PERJANJIAN PARA EJEN DAN JURULATIH, CARA MEMANIPULASI WANG KELAB DAN JUGA NASIHAT KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN.

Penyokong pasti tidak tahu bagaimana pegawai-pegawai dan para pemain kelab memanipulasikan wang kelab. Saya telah berada dalam industri bola sepak selama empat tahun dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya berjaya belajar dengan cepat berbanding orang lain dalam industri ini. 

Persoalannya ialah adakah mereka peduli atau tidak? 

Ia bukan wang mereka, ia adalah wang kerajaan. Kami di JDT tidak mempunyai pilihan tetapi perlu mengambil tahu kerana kami bertanggungjawab ke atas setiap wang kelab kami yang diberikan oleh penaja dan penyokong. 

Membelanjakan wang kelab tanpa keperluan dianggap sebagai kegagalan, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

Berkaitan perkara mengenai pemain import, hanya terdapat dua jenis pemain yang bermain di Malaysia, yang pertama adalah pemain yang dibayar dengan harga yang tinggi, dan kedua pemain yang tidak boleh mendapatkan pekerjaan untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi di Eropah atau Asia. 

Saya pernah bertanya soalan ini kepada Pablo Aimar, mengapakah kos lebih mahal untuk membawa pemain ke Asia Tenggara? 

Beliau menjawab, kerana apabila kita memasuki Asia Tenggara, kita sudah berada di luar radar dunia bola sepak. Itulah masanya saya mula untuk mempelajari lebih lanjut tentang industri bola sepak. Itulah sebabnya juga apabila JDT menandatangani pemain-pemain yang mahal, ia berserta dengan harga yang akan membolehkan kami untuk menjual mereka kembali ke Eropah atau negara-negara lain.

Baru-baru ini ada laman yang kita rujuk sebagai Lalang Malaya yang menulis tentang seorang pemain yang bermain di utara yang mengatakan bolasepak bukanlah mengenai wang. Pemain yang sama adalah orang yang secara peribadi memberitahu saya di Larkin selepas perlawanan itu, "Saya menunggu panggilan anda". 

Pemain yang sama juga meminta Bojan Hodak menyampaikan mesejnya kepada saya bahawa JDT adalah satu-satunya kelab di Malaysia yang dia mahu bermain atau sekiranya tidak berjaya, beliau akan pergi ke Eropah. 

Hari ini dia menandatangani kontrak di sini kerana apa? 

Dua fakta. Yang pertama kerana JDT mempunyai perancangan yang lain, dan kedua ialah dia tidak berjaya mendapatkan pekerjaan atau tidak cukup baik untuk bermain di Eropah.

Oleh itu, apabila laman tersebut menulis perkara seperti wang bukanlah segalanya adalah mengarut. Dalam perniagaan bola sepak, wang adalah segala-galanya. Satu lagi contoh adalah mengapa kelab di Malaysia seringkali menukar pemain import mereka dan perbelanjaan telah menjadi lebih berganda daripada yang sepatutnya. 

Jawapannya mudah, ini kerana beberapa jurulatih sengaja menukar pemain supaya mereka boleh berkongsi wang dengan ejen dan mendapat manfaat daripada wang kelab. Ini biasanya berlaku apabila kelab-kelab yang dikendalikan oleh orang-orang yang tidak tahu tentang perniagaan bola sepak. 

JDT juga pernah menjadi mangsa pada satu ketika dahulu. 

Sekarang tidak lagi kerana saya belajar dan memantau segala-galanya. Wang kelab adalah daripada penaja dan penyokong kami dan ia perlu sentiasa dilindungi. Melainkan jika anda menghabiskan wang rakyat daripada sumber kerajaan, menjual gelaran seperti beberapa pesaing kami, jadi jika begitu ia tidak akan menjadi masalah. 

Itulah perbezaan antara kami dan mereka. Kami menjalankan perniagaan untuk mengekalkan kelab. Mereka menggunakan kelab untuk membuat wang untuk diri mereka sendiri.

Bukan sahaja melibatkan bolasepak tetapi pegawai kerajaan juga perlu menjaga duit rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi. Kebawah Duli Tuanku dan saya sentiasa memantau perbelanjaan kerajaan negeri supaya duit rakyat sentiasa dijaga.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
loading...
Kantoi: TMJ Dedah Manipulasi Wang Berkaitan Pemain Import di Malaysia Kantoi: TMJ Dedah Manipulasi Wang Berkaitan Pemain Import di Malaysia Reviewed by Hi Viral on 5:28 PTG Rating: 5

Tiada ulasan