Isu Bercerai Dgn Diana Danielle.. AKHIRNYA Farid Kamil Dedahkan Punca Sebenar
loading...
Putrajaya: Pelakon Farid Kamil menjelaskan hubungan rumah tangganya dengan pelakon Diana Danielle masih bahagia dan tidak ada apa yang berubah.Farid berkata, dia tidak terkejut ketika mengetahui kisah rumah tangganya yang dikatakan goyah tersebar.
"Saya terkejut macam mana perkara ini boleh sampai ke pengetahuan umum. Itu yang saya khuatir kerana perihal rumah tangga orang tak baik dicanang. Ini kerana ia membabitkan dosa dan pahala.
"Malah perkara itu sedikit pun tidak mengganggu perasaan saya meski ia turut diceritakan oleh Diana. Bagi saya setiap perkahwinan perlu muhasabah diri dan saling berbincang," katanya kepada Harian Metro.
Farid yang juga pelakon filem Langit Cinta tidak memarahi atau menegur tindakan isterinya itu yang berkongsi masalah rumah tangga mereka.
"Bagi saya ini adalah satu hikmah dan menganggap ia adalah ujian buat kami. Paling penting saya dapat belajar yang mana selepas ini perlu ada perbincangan.
"Cukup untuk semua orang tahu, sehingga ke hari ini kami masih bersama sebagai suami isteri. Sedikit pun saya tak berasa tertekan malah lebih bersikap positif," katanya.
Farid berkata selepas kejadian itu terdapat perubahan dalam perkahwinan mereka namun enggan mendedahkan perkara itu.
Pada masa sama, Farid mengakui dia dihujani pelbagai pertanyaan dan maklum balas daripada keluarga dan rakan terdekat.
Terdahulu Diana mendedahkan dia hadir ke mahkamah bagi mendapatkan khidmat nasihat peguam syariah bagi perkahwinan mereka.
Sehingga kenyataan itu keluar, Farid tidak memberikan sebarang kenyataan balas.
loading...
Isu Bercerai Dgn Diana Danielle.. AKHIRNYA Farid Kamil Dedahkan Punca Sebenar
Reviewed by Hi Viral
on
10:38 PG
Rating:
Tiada ulasan