Random Posts

Header Ads

Bayi Melecur Terkena Minyak Panas

loading...



KUALA LUMPUR 24 Nov.- Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan melecur di bahagian badan dan muka selepas terkena minyak panas di sebuah kedai makan di Bukit Ampang di sini pada Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam tadi, mangsa Nur Arissa Jannah Mohd. Salim dikatakan terkena tumpahan minyak panas itu selepas berlaku pergaduhan kecil antara dua lelaki di gerai tempat bapanya bekerja.

Difahamkan, sebelum kejadian terdapat perselisihan faham antara dua rakan sekerja bapanya yang mana salah seorang mereka tertumpah minyak panas ketika memasak lalu terkena pada kaki seorang lagi pekerja lelaki di gerai berkenaan.

Susulan kejadian itu, lelaki yang terkena minyak panas itu kemudian beredar dari gerai berkenaan dan tiba semuka membawa dua lagi rakannya sebelum salah seorang mereka bertindak menendang kuali yang mengandungi minyak panas lalu terkena pada bayi itu.

Berikutan kejadian itu, bayi tersebut seterusnya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang memburu kedua-dua lelaki terbabit dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.- UTUSAN ONLINE

loading...
Bayi Melecur Terkena Minyak Panas Bayi Melecur Terkena Minyak Panas Reviewed by Hi Viral on 5:13 PG Rating: 5

Tiada ulasan