Random Posts

Header Ads

Didakwa Dipukul Guru Dek Minum Air Dalam Kelas, Tindakan PPD Patut Dipuji!

loading...


KOTA BHARU: Wakil Jabatan Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu mengambil langkah berhemah dengan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan kes pelajar didakwa dipukul guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sering, di sini.

Perdamaian itu diketuai Ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman yang membawa ibu bapa pelajar, Nur Atif Asyira Zulkifle, 15, menasihatkan kedua-dua pihak bersepakat demi masa depan pelajar berkenaan.
“Perjumpaan ini bagi mencari permufakatan antara pihak pentadbir sekolah dengan keluarga dalam usaha membolehkan kedua-dua pihak berdamai dan meneruskan pembelajaran.
“Kita sudah selesaikan kes pelajar dipukul guru disiplin ini dengan penuh kekeluargaan dan tiada lagi rasa tidak puas hati antara kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita di sekolah berkenaan, di sini, semalam.
Pertemuan dan perbincangan itu dihadiri bapa pelajar itu, Zulkifli Mat Zain, ibunya, Rosmawati Hassan dan guru yang didakwa memukul pelajar itu, Rapiah Yaacob.


Turut menyaksikan pertemuan penuh emosi berkenaan, pengetua, Wan Azlini Wan Abu Bakar serta pegawai PPD, Mohd Ezani Awang.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, Nur Atif Ashira Zulkifli dari SMK Sering mengalami sesak nafas selepas dipercayai dipukul sebanyak dua kali oleh gurunya kerana minum di dalam kelas, dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kedai Lalat.

Zaluzi berkata, sebelum itu ada perbincangan tertutup diadakan antara keluarga dengan pihak pentadbir sekolah serta guru berkenaan selama kira-kira satu jam.
“Saya berharap perkara ini tidak lagi berbangkit dan menasihatkan supaya guru serta ibu bapa sentiasa saling bekerjasama, juga mengambil inisiatif untuk mencari jalan penyelesaian secepat mungkin untuk mengelak ia berpanjangan,” katanya.

Zaluzi berkata, selepas kejadian ini diharap semua pihak lebih berhati-hati dengan guru mendidik pelajar menggunakan kaedah berhemah, manakala pelajar pula perlu akur dengan tahap disiplin sekolah.
“Soal mendidik atau cara pembelajaran bukan sahaja terletak pada sehelai kertas, sebaliknya perlu menerusi tindakan guru untuk mendidik pelajar supaya menjadi insan berjaya,” katanya.
loading...
Didakwa Dipukul Guru Dek Minum Air Dalam Kelas, Tindakan PPD Patut Dipuji! Didakwa Dipukul Guru Dek Minum Air Dalam Kelas, Tindakan PPD Patut Dipuji! Reviewed by Hi Viral on 6:43 PTG Rating: 5

Tiada ulasan