Random Posts

Header Ads

AMBIL MASA 6 BULAN - 'YANG TERINDAH' HADIAH ACHEY BUAT ISTERI

loading...
Sempena ulangtahun kelahiran yang ke-27 isterinya, Nor Hasanah Yahaya, pelawak Achey telah menghadiahkan sebuah lagu pertama yang dicipta khas yang mengambil masa enam bulan untuk menyiapkannya. 

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 31, berkata, lagu berkenaan adalah cara istimewa untuk dia meluahkan rasa cinta dan terima kasih terhadap isterinya itu. 

"Saya tidak ada pengetahuan langsung berkenaan muzik tapi melodi ini bermain-main di fikiran saya sejak enam bulan lalu. 

Klik untuk gambar besar
 



"Jadi saya rakam dan minta pendapat daripada rakan-rakan komposer, mereka suruh saya rakam dalam aplikasi Garage Band dahulu. 

"Tiga bulan saya cari bait-bait lirik yang sesuai untuk lagu tersebut. Alhamdulillah malam tadi (Jumaat) dia terkejut dan terharu pertama kali mendengarnya," ujarnya. 

Tambah Achey, lagu yang diberi judul 'Yang Terindah' itu juga mengisahkan perjalanan enam tahun kehidupan rumah tangga dilalui bersama. 

 

"Saya rasa lebih indah jika perkataan itu disampaikan dalam lagu dan ia boleh didengar berkali-kali oleh dia di mana-mana sahaja. 

"Saya ingin beritahu dia betapa saya berterima kasih dengan pengorbanan dia sebagai seorang isteri yang sanggup susah senang dengan saya selama ini. 

"Sebelum bergelar artis hidup kami susah dan tinggal di bengkel sahaja kerana saya dulu makanik. Dia tidak pernah merungut dan dia ada beritahu saya jika suatu hari saya tidak ada kerja pun dia sanggup untuk jual air bersama-sama," jelasnya. 

 

Dalam pada itu, Achey berkata, dia merancang untuk untuk merekam lagu berkenaan di studio rakaman dalam masa terdekat. 

Sementara itu, ditanya soal anak, Achey berkata, dia dan isternya masih lagi dalam proses berusaha pelabagai cara sebelum mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat. Katanya, dia tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri. 

"Anak adalah urusan Allah, saya dan isteri masih lagi berusaha mendapatkan pelbagai rawatan. Ramai juga mencadangkan kami mengambil anak angkat. 

"Insya-Allah, kami juga sedang memikirkannya, namun biar kami berusaha dalam satu tempoh dahulu sebelum mengambil anak angkat," katanya. 

 

 


www.myartis.com / Sumber: mStar 

Read more: http://www.myartis.com/2017/04/ambil-masa-enam-bulan-yang-terindah.html#ixzz4f4YeBOMN
loading...
AMBIL MASA 6 BULAN - 'YANG TERINDAH' HADIAH ACHEY BUAT ISTERI AMBIL MASA 6 BULAN - 'YANG TERINDAH' HADIAH ACHEY BUAT ISTERI Reviewed by Hi Viral on 7:49 PTG Rating: 5

Tiada ulasan