'Yang Kutuk Itulah, Nak Bergambar' - Uqasha Senrose
loading...
PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose tidak pernah diserang secara terbuka di tempat awam walaupun sering menerima kutukan di laman sosial.Malah kata Uqasha, dia pernah didatangi beberapa individu untuk bergambar dan mengakui pernah meninggalkan komen negatif di Instagram miliknya.
"Walaupun ramai kecam saya di Instagram tapi tidak pernah pula ada yang kutuk secara terbuka di luar.
"Lebih menghairankan ada beberapa individu pernah mendekati saya memberitahu pernah mengecam saya di Instagram dan ingin mengambil gambar bersama pula," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, pelakon Syurgaku Tak Sempurna ini berkata, dia suda lali menerima kecaman sejak awal menceburi bidang hiburan.
Bagaimanapun sebagai manusia biasa, dia juga adakalanya terkesan dengan kecaman dan tuduhan liar dilemparkan kepadanya.
"Saya sudah tidak kisah tentang kritikan masyarakat dan tidak mampu hendak paksa mereka menyukai saya.
"Lepas isu buka tudung itu, lagi teruk saya dikecam pada awalnya namun sekarang orang sudah mula terima," ujarnya.
Sementara itu, ditanya sukar untuk memberi kerjasama kepada media ketika diminta mengulas mengenai isu melibatkan dirinya, Uqasha berkata, dia memilih untuk berdiam diri.
Jelasnya, dia tidak mahu sesuatu perkara itu menjadi lebih besar jika tersalah memberi kenyataan.
"Bukan saya mahu lari daripada pihak media jika ada sesuatu isu, tapi saya memilih untuk tidak mengulas apa-apa yang boleh menambah keruhkan lagi keadaan.
"Saya takut tersalah cakap dan membuatkan orang lagi benci pada saya,"ujarnya
loading...
'Yang Kutuk Itulah, Nak Bergambar' - Uqasha Senrose
Reviewed by Hi Viral
on
9:47 PG
Rating:
Tiada ulasan