Random Posts

Header Ads

Serina Redzuawan, Gavin bakal bercerai?

loading...



"Panjang atau tidak jodoh kami, saya serahkan kepada Allah SWT. Dan andai ditakdirkan berpisah, saya reda kerana percaya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya,” kata pelakon Serina Redzuawan.

Serina berkata demikian ketika diminta mengulas berita rumah tangganya dan suami, Gavin Edward atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar yang dikatakan goyah.

Ditanya sama ada dia sudah memfailkan permohonan cerai, Serina enggan mengulas lanjut.

"Kami masih berbincang dan berusaha menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin.

“Maklumlah, bukan mudah perkahwinan membabitkan dua budaya kerana banyak dugaannya.

"Saya tak boleh komen banyak kerana isu ini terlalu sensitif dan saya perlu menjaga nama baik keluarga kedua belah pihak.

"Saya akan beri kenyataan mengenai masalah rumah tangga kami selepas perbincangan selesai," katanya memetik HarianMetro.
loading...
Serina Redzuawan, Gavin bakal bercerai? Serina Redzuawan, Gavin bakal bercerai? Reviewed by Hi Viral on 3:08 PTG Rating: 5

Tiada ulasan