Random Posts

Header Ads

"SAYA BELUM SEDIA TUTUP AURAT" - RUHAINIES

loading...
Pelakon Ruhainies, 25, memberitahu bahawa dirinya itu masih belum bersedia untuk menutup aurat biarpun sudah mengerjakan ibadah umrah pada Febuari lalu. 

Walaupun ramai yang berharap pelakon itu mula berhijab namun bagi Ruhainies, biarlah hidayah itu dapat sendirinya tanpa dipaksa. 

Dalam masa sama, Ruhainies berkata yang isu menutup aurat agak sensitif untuk diperkatakan namun sedia berubah ke arah kebaikan apabila menerima hidayah Tuhan. 

Klik untuk gambar besar
 



"Orang akan kata balik umrah kena bertudung dan tutup aurat. Saya tetap akan jaga tingkah laku dan pemakaian agar tidak terlalu terdedah. Saya pun dari dulu tidak terlalu seksi. 

"Saya akan lebih menjaga selepas ini sebab orang pun sudah tahu saya pergi umrah. Benda ini isu sensitif tetapi kalau hidayah itu sampai, saya terbuka," jelasnya. 

Pelakon drama Menantu Ting Tong berlepas ke tanah suci Februari lalu bagi mengerjakan umrah dan menjalani penggambaran sebuah program televisyen. 

Turut berangkat kedua orang tuanya yang selama ini menjadi harapannya untuk membawa mereka menjejakkan kaki ke tanah suci. 

 

"Saya pergi ke sana dua minggu. Tetapi mak dan ayah saya pergi dahulu, saya pergi dengan produksi seminggu selepas itu. Buat penggambaran dan umrah sekali. 

"Saya pun sudah lama merancang untuk bawa orang tua ke Mekah. Kebetulan saya ada penggambaran, jadi saya bawa mereka ke sana," katanya. 

Ditanya reaksi orang ramai mengenai videonya mencium adik di laman Instagram, Ruhainies berkata ia menandakan peminat mengambil berat. 

Katanya, sebagai artis menjadi lumrah apa yang dilakukan, diperkatakan orang dan itu lebih baik daripada tidak dikenang peminat. 

 

"Saya tidak marah sebab saya bukan baharu dalam industri. Saya sudah tahu asam garam dalam dunia hiburan. Apa sahaja teguran mereka, saya terima dengan hati terbuka. Maknanya mereka ambil berat pasal saya. 

"Apa saja saya buat, mereka perkatakannya. Maknanya mereka tahu pasal perkembangan saya dengan mengikuti Instagram saya. 

"Berbanding apa yang berlaku pada saya seperti kemalangan, tiada siapa yang bercerita. Lagi sedih begitu, jadi saya tidak kisah," ujarnya. 

 


www.myartis.com / Sumber: MMO 


Read more: http://www.myartis.com/2017/04/saya-belum-sedia-tutup-aurat-ruhainies.html#ixzz4f4Zj4zp2
loading...
"SAYA BELUM SEDIA TUTUP AURAT" - RUHAINIES "SAYA BELUM SEDIA TUTUP AURAT" - RUHAINIES Reviewed by Hi Viral on 7:53 PTG Rating: 5

1 ulasan

  1. Statement 'saya belum sedia tutup aurat' adalah salah. Hal ini kerana, menutup aurat merupakan perkara yang wajib dipatuhi sebagai umat Islam. Tiada istilah belum bersedia untuk menutup aurat dan tiada istilah tunggu hidayah dalam menutup aurat. Kerana ia sememangnya satu perintah Allah dan wajib bagi umat Islam untuk istiqamah dalam menjaganya. Kewajiban dalam menutup aurat lebih banyak manfaatnya apabila kita menutup aurat dengan sempurna.

    BalasPadam