ISTERI BAKAL BERSALIN MEI - NUBHAN BELAJAR CARA MENGURUS BAYI
loading...
"Saya mengikuti kelas menguruskan bayi itu di sebuah hospital swasta di Seremban dan sebenarnya ia sangat membantu untuk mereka yang pertama kali bergelar ibu-bapa.
"Dalam kelas sehari itu, saya banyak didedahkan tentang bagaimana untuk memberi sokongan moral kepada isteri semasa proses kelahiran dan penjagaan bayi yang masih kecil.
"Selepas mengikuti kursus pengurusan bayi itu saya jadi lebih teruja dan tak sabar untuk menunggu kelahiran bayi pertama kami," kata penyanyi Nubhan yang mengambil inisiatif menghadiri kursus penjagaan bayi sebagai persediaan menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Klik untuk gambar besar
Kata Nubhan, dia mengikuti kelas tersebut kerana ingin memastikan bersedia supaya tidak berasa janggal semasa menguruskan bayinya itu nanti.
Difahamkan, isteri Nubhan iaitu Afifah Hidayah Tawfek, 28, dijangka melahirkan bayi sulung perempuan pada awal Mei ini.
Pemilik nama sebenar Ahmad Nubhan Ahamad, 31, dan Afifah berkahwin pada pada 29 Ogos 2015 di Seremban, Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, Nubhan berkata, segala persiapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka telah dilakukan sejak beberapa bulan yang lalu.
Malah kata bekas peserta program Akademi Fantasia 6 (AF6) ini, mereka juga banyak menerima hadiah daripada rakan-rakan, saudara mara dan peminat yang teruja menantikan isterinya bersalin.
"Semasa kandungan baru berusia lima bulan, kami sudah menyiapkan kelengkapan untuk anak. Kalau nak tahu, kebanyakan barangan bayi ini bukan sahaja saya beli malah ada juga dihadiahkan oleh saudara-mara dan peminat," ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai nama anak, Nubhan berkata yang dia dan isteri masih mencari nama sesuai untuk diberikan kepada cahaya mata mereka kelak.
"Buat masa ini kami belum ada nama lagi, saya ada juga meminta idea nama anak daripada keluarga.Bagaimanapun seperti kebanyakan ibu-bapa lain, saya ingin memberi nama yang mempunyai maksud indah dan baik untuk puteri kami nanti," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Nubhan bakal muncul dengan single terbaharunya ciptaan Harry Khalifah tidak lama lagi.
"Sekarang ini saya agak sibuk menguruskan perniagaan kosmetik saya iaitu Juwita Divine yang telah berada di pasaran sejak tahun 2015. Insya-Allah single terbaharu akan menyusul dan sekarang pun saya sedang dalam proses menyiapkan lagu," katanya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
Read more: http://www.myartis.com/2017/04/isteri-bakal-bersalin-mei-nubhan.html#ixzz4eecugis6
loading...
ISTERI BAKAL BERSALIN MEI - NUBHAN BELAJAR CARA MENGURUS BAYI
Reviewed by Hi Viral
on
9:23 PG
Rating:
Tiada ulasan