"TIADA MASA, SELESA BERSENDIRIAN" - DATO' VIDA AKUI RAMAI INGIN BERKENALAN
loading...
Dek kerana dirinya yang sudah kembali bergelar ibu tunggal, pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida akui bahawa banyak pihak cuba mengambil kesempatan mengenalinya dengan lebih rapat.
Dato' Seri Vida atau nama sebenarnya Dato' Seri Dr Hasmiza Othman berkata yang beliau berasa kesal dan bosan apabila ramai yang menghantar mesej mahu berkenalan di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.
"Buat masa ini, pintu hati saya belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidup dan lebih selesa bersendirian. Jika ada sekalipun biarlah individu itu sanggup hidup susah dan senang bersama saya.
Klik untuk gambar besar
"Lagipun keutamaan saya kini adalah untuk membahagiakan anak-anak dan perniagaan. Itu saja yang saya fikir sekarang. Tiada masa untuk lelaki buat masa ini," jelasnya ketika ditemui media pada Ulangtahun Pertama Tonton.
Dalam pada itu, Dato' Seri Vida berkata yang beliau baru kini menghadiri majlis hiburan, selepas disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin awal bulan lalu.
"Ini adalah kemunculan pertama saya selepas 'terperuk' di dalam rumah apabila kembali bergelar ibu tunggal. Alhamdulillah, saya makin kuat mendepani hari mendatang bersama anak-anak. Saya baik-baik sahaja," katanya.
Menurut Vida, dia percaya apa yang berlaku terhadap rumah tangganya pasti ada hikmah di sebaliknya.
Terdahulu perkahwinan selama tiga tahun Vida dan Fairuz akhirnya musnah apabila pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Syariah Ipoh, Perak 7 April lalu.
Dato' Seri Vida bernikah dengan Fairuz, 39, pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga ahli perniagaan itu.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
Read more: http://www.myartis.com/2017/04/tiada-masa-selesa-bersendirian-dato.html#ixzz4ehSbofzT
loading...
"TIADA MASA, SELESA BERSENDIRIAN" - DATO' VIDA AKUI RAMAI INGIN BERKENALAN
Reviewed by Hi Viral
on
9:01 PTG
Rating:
Tiada ulasan