KES DERA ANAK: "TAKKAN SAYA NAK BIAR" - SALMA MENTOR
loading...
Berita bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), Azri atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah, 30, yang di hadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan mendera anak tirinya, Putri Nurul Huda, 10, itu hangat diperkatakan sejak akhir-akhir di media sosial.
Azri didakwa telah mencelup kedua-dua belah tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri, Jalan Putra Indah, 9/1C, Seksyen 9, Subang Jaya , kira-kira pukul 8 pagi, 5 Mei tahun lalu.
Tatkala ditanya tentang perasaannya berkenaan kes dera itu, Salma yang merupakan bekas juara program Mentor musim ke-5 itu berkata sebagai ibu tidak akan mungkin sanggup melihat anaknya didera.
Klik untuk gambar besar
Salma yang diasak dengan pelbagai persoalan itu bagaimanapun tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut mengenai kes tersebut atas nasihat peguam suaminya.
Dalam pada itu, kata Salma, biarpun Putri adalah anak tiri Azri, namun hubungan kedua beranak itu cukup rapat sementelah usia perkahwinan mereka kini hampir menjejaki tahun ketiga.
"Sebagai ibu takkan saya nak biarkan anak didera. Kalau baca komen-komen di media sosial itu memang sakit hati, sebab mereka tak tahu apa-apa. Saya serahkan perkara ini kepada pihak yang lebih adil.
"Putri memang mengalami kulit sensitif sejak kecil. Saya tak boleh bagi komen lebih lanjut. Tunggu sahaja laporan lengkap. Cuma apa saya boleh cakap, hubungan Azri dan Putri sangat rapat. Malah, lebih rapat daripada dengan saya," jelas Salma.
Pada masa yang sama, Salma akui beliau cukup bahagia melayari bahtera rumah tangga bersama Azri dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.
Walaupun terkejut dengan apa yang berlaku, Salma anggap ia adalah ujian buat dirinya dan redha dengan setiap dugaan.
"Putri bila tengok berita tentang ayahnya ditayangkan di televisyen, dia terus menangis. Tapi tak apa, ini semua ujian daripada Tuhan. Saya sendiri pun terkejut dengan apa yang berlaku tapi saya reda dan berserah kepada Allah," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: Utusan
Read more: http://www.myartis.com/2017/04/kes-dera-anak-takkan-saya-nak-biar.html#ixzz4eedT4GD2
loading...
KES DERA ANAK: "TAKKAN SAYA NAK BIAR" - SALMA MENTOR
Reviewed by Hi Viral
on
9:25 PG
Rating:
Tiada ulasan