Random Posts

Header Ads

Datuk Seri Vida, Suami Berpisah?

loading...


Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai berita dirinya dan suami sudah berpisah.

Vida berkata, dia memilih untuk tidak membuat sebarang komen buat masa ini atas beberapa alasan peribadi.

"Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan. InsyaAllah sampai masa nanti saya akan beritahu semua.

"Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi," katanya.

Berita mengenai rumah tangga Vida berakhir dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin bertebaran sejak dua minggu lalu.

Vida ditanya mengenai perkara berkenaan ketika ditemui pada majlis Mood Republik yang berlangsung semalam di sini.

Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 46, turut hadir pada majlis berkenaan bersama anak-anaknya tanpa kehadiran suami yang sebelum ini sentiasa di sisi.

Menurut Vida, dia enggan terlalu memikir perkara itu dan kini sibuk memberikan tumpuan termasuk bakal memiliki saluran televisyen sendiri tidak lama lagi.

"Saya juga mahu menghasilkan lagu nyanyian saya untuk peminat tersayang.

"Selain itu saya juga akan buka sebuah kedai aksesori berlian di sebuah pasaraya terkemuka di ibu kota bersebelahan butik jenama mewah," katanya.

Sumber: Harian Metro
loading...
Datuk Seri Vida, Suami Berpisah? Datuk Seri Vida, Suami Berpisah? Reviewed by Hi Viral on 9:11 PG Rating: 5

Tiada ulasan